Saturday, February 19, 2011

POST 33: TiPs PesOnA PenGanTin EdiSi MaC

Dearie Readers,
tolong...tolongla beli pesona pengantin edisi mac....
Sukeeeee sgt!!!
byk tips boleh share la....
gaya tudung for muslimah pon byk...(hu3...cantek2nye...)



so....nak share tips dr magazine tu ttg warna for reception or persandingan...

1) Untuk majlis persandingan di rumah pada waktu siang, warna-warna pastel seperi olive green, lavender dan kuning langsat sesuai dipraktikan. 
--ok....krim pon kire pastel gakla kan...


2) Bagi pasangan pengantin yang mempunyai ton warna kulit yang cerah, warna-warna seperti royalblue, purple dan turqoise dapat menambahkan lagi keanggunan pasangan mempelai. 
-- org cerah tp cekmat tak....so mmg tak pakai rr kaler2 ni...(demi mjaga kehenseman cekmat...huahuahua...!!)


3) Untuk majlis persandingan yang diadakan di dalam dewan pada malam hari, warna putih gading, cream atau champagne adalah pilihan yang tepat.
-- oo...tiada dewan...open space jek....FRIM atau laman rumah..hehe


4) Kumpulan warna ini bukan sahaja menaikkan seri pengantin malah ia akan mendominasi keseluruhan warna-warna pakaian para jemputan yang hadir.
--dominasi...?? apakah itu....??


5) Elakkan menggunakan warna yang sama dengan warna dekorasi dewan persandingan.
--of course...nanti nampak tenggelam u...and jangan sama kaler dgn bridesmaid ok....!!




satu lagi good tips adalah pasal fabrik pengantin....jom...baca...!!


1) Dutchess satin- Bagi mereka yang mengimpikan rekaan pakaian ala ballgown atau dress potongan ‘hourglass’, fabrik ducthess satin adalah fabrik yang harus anda gunakan, permukaannya yang lembut dan kurang kilat menjadikan setiap rekaan nampak eksklusif.Selain itu, fabrik ini juga mempunyai volume yang membuatkan setiap rekaan nampak elagan apabila digayakan.
--personally, org pon sgt suke dutchess satin....!! flowy, elegan....anggun....no more words can't describe the marvelousity of the fabric...keh3...tp moden sgt la.....buat gown dress jek best ler..

2) Thai Silk/ Shantung Silk- Fabrik ini sesuai untuk pakaian pengantin lelaki. Tetapi, satu kekurangan pada fabrik ini ialah fabrik ini mudah berkedut dan akan nampak lusuh selepas satu cuciannya.

--huuuu....byknye kekurangan....!! hehe

3) Italian Crepe- Bagi mereka yang kurang gemar menggunakan satin sebagai dasar rekaan, anda bolehla beralih kepada fabrik ItalianCrepe ini. Fabrik ini bukan sahaja kurang berkilat malah ia juga lembut dan beralun. Untuk menambahkan lagi kesan mewah pada rekaan, lapiskan dengan fabrik shiffon.
--oo..tak pernah tgk fabrik nih...no komen...


4) Sifon- sesuai untuk majlis akad nikah, potongan kurung moden dengan kain bertingkat dan berpanel menyerlahkan lagi kelembutan fabrik ini. Juga boleh digabungkan dengan lace dan juga beaded sifon.

--love chiffon.....!! nampak soft & sweet....

5) Songket- rekaan yang sesuai untuk songket adalah rekaan yang bercirikan tradisional seperti kebaya dan juga kurung. Untuk lebih segar, ada juga rekaan pakaian daripada songket ini disuai padankan dengan fabrik lace. Songket penuh juga amat sesuai untuk pakaian pengantin lelaki. potongan baju Melayu dengan teknik jahitan ala jacket.

--suka songket bunga tabur...tapi takmau pakai songket....panas kottt....

6) Beaded sifon / lace- Sesuai untuk rekaan dres atau rekaan-rekaan moden kontemporari. Sifon datang dalam beberapa kualiti, light sifon ataupun heavy sifon. Untuk pakaian pengantin seeloknya gunakan heavy sifon kerana keratan rentasnya yang lebih kuat dan kurang mengecut.

--like these fabrics the most....mewah, cantek,and modern...




p/s: boleh check post 19 for more info

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...