Friday, February 11, 2011

POST 18: Tips untuk Pengantin Bertudung

Salam readers,
Hati tercuit baca entry dia terima nikahnya..
da lama post ni, taun 2009, die dpt dr majalah pesona pengantin 8 taun lepas (dr taun 2009),
kirenye artikel ni da 10 taun...
tp tetap tak lapok dek zaman...sbb syariat islam relevan sampai ble2 ye tak..??


ok...jom baca....n mengomen...


Tips Pemilihan Fabrik


1. Pilihan terbaik ialah fabrik lembut yg tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang pada prinsip berpakaian sopan, tidak menonjol -- menonjol sket berbanding org laen boleh???? nanti tak kenal pengantin...hehe

2. Elak memilih kain satin -- ala...terbeli daaa...tp mine punya tak kilat sgt.....takpe kot...buat kain je pon...baju pon labuh...

3. Fabrik terbaik buat anda seperti sifon, georgette, cita & sari yang kurang berkilat -- lace pon tak kilat jugak ape...

Tips Potongan Pakaian

1. Pakaian wanita bertudung seharusnya longgar tapi tidaklah sehingga nampak menggeloboh kerana ia akan mencacatkan penampilan -- sangat setuju!!

2. Jika memilih fabrik lembut & jarang, pastikan ada lapik di dalam -- aha...of course...nanti terjojol bijik mata org laen tgk...!!

3. Elakkan memakai pakaian yg melekap di tubuh kerana ia terkeluar dari prinsip berpakaian mengikut syariat -- betul, betul, betul...!! nanti nampak segala lapisan perutku...hu3

4. Elakkan memakai kain yang ketat & terbelah -- wohoho.....bg free tgk kat org laen...!! tidak..tidak....marah cekmat...!!

5. Blouse harus labuh dari bahagian pinggul serta elakkan berlengan pendek-- setuju juga...lagi2 yg kes takde punggung..tak perlu ler nak tunjuk2 punggung...kih3

6. Pastikan bahagian leher yang berpotongan luas & lebar ditutup dgn tudung utk memelihara aurat wanita - leher bulat jek...tak lebar mana...confirm tutup!!

7. Bagi pengantin montok, elak mengenakan pakaian yang ketat dengan tujuan utk mengecilkan sedikit tubuh anda. Ia usaha sia2 sebaliknya ia akan menonjolkan lagi bahagian yg tidak perlu pada tubuh anda. -- betul2...tak cantek pon pakai ketat sgt...sakit mata tgk kak...!!

8. Fabrik cita sesuai utk tubuh wanita yg montok. Elakkan fabrik satin kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan lebih besar dari saiz asal-- aha....satin berkilat menampakkan anda lg gemok...pilihlah chiffon.....nampak kurus...hi3


Tips Pemilihan Warna

1. Wanita bertudung harus memilih warna yang lembut serta tidak menjolok mata contohnya, merah samar, biru lembut, krim atau
putih -- ok, krim, grey and champagne..ok kot colour nih..!!

2. Elak warna yang menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga & kuning diraja -- sama kaler ngan tudung....setel..!!


3. Utk majlis akad nikah, warna krim atau putih antara pilihan terbaik. -- setuju!!


Tips Memilih Layah (veil)

1. Mini telekung mesti ringkas andai layah yg digayakan sudah dihiasi dengan jemeki atau batu permata--ye...tepat sekali...

2. Apa jua hiasan pada layah ia harus tidak menyemakkan bahagian kepala dan muka -- remember, less is more!!


3. Hiasan layah perlu dijahit pada bahagian tepi layah sahaja. Elakkan hiasan yg terlalu penuh dan merimaskan. -- ye...sgt betul...nanti org tak fokus kat muka u oll cane....??? takdela nampak mcm pokok krismas lagipon...!!

4. Andai mahu menggayakan tiara, pastikan dari bentuk bulat. -- oo...tiara ade bentuk selain bulat ke...konpius...ke..maksudnye atas tiara tu kena bulat bukan segitiga...

5. Elak menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal bg pengantin bertudung -- mmg suka yg besar sket pon...glam gitu...ooppss...gedik...balik kpd nilai yg betul....sopan2...kih3

6. Jika mahu menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elak memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.-- suka bunga besau...!! nak pakai veil renda bunga besau...betul ke muka tak seimbang?? wuuuu~



7. Pemilihan batu permata atau jemeki juga harus diambilkira. Elak memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Jangan ubah diri anda dari pengantin kepada penari.-- penari gurun pasir sahara...!!

Tips Hiasan Kepala

1. Anak tudung penting untuk dipakai bagi mengemaskan lagi rambut. Selain itu ia bertindak sebagai pemegang pada tiara. Ia menjadi asas supaya tiara tidak terlucut -- ye...wajib pakai anak tudung...nanti rambut bersepah...

2. Elak memilih anak tudung dari kain yang berkilat, ini membuatkan tiara mudah jatuh -- tudung berkilat sgt pon tak cantek...nampak kepala besar....

3. Paling sesuai, pilih anak tudung yang dibuat dari kain kasa atau cita , ini untuk mengelakkan dari rasa terlau panas di kepala -- ooo...kain kasa atau cita...kain ape tu ekk..?? ingatkan kain kasa tu panas...hi3

Tips Memilih Kasut

1. Kasut bertutup penuh adalah potongan kasut yang tepat buat pengantin bertudung.-- kasut bertutup memang lebey manis and elegan....but the problem is.....!! my feet sgt kecil...for close shoes...saiz 3 or 4....sure kena tempah...badan pon kurus...kasut bertutup...yg runcing dpn specially made for pengantin...akan buat org bertambah kurus..wuuu~

2. Elakkan kasut yg terbuka di bahagian jari kaki. Kecacatan pada penampilan akan lebih terserlah.-- insyaallah kakiku tidak cacat...(at least kena bina keyakinan diri...hehe..)
thinking of wearing platform like this..... 








mak aii..tinggi sgt plak..cr yg rendah sket supaya tak terpelecok...kih3



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...